Home / Hoki / MIRNAWAN GESA SEMUA PEMAIN TERAPKAN ELEMEN “WINNING MENTALITY”

MIRNAWAN GESA SEMUA PEMAIN TERAPKAN ELEMEN “WINNING MENTALITY”

KUALA LUMPUR 15 May 2014. Mirnawan Nawawi. NSTP/Recopy

Misi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi sasaran dan misi utama buat pengurus baharu skuad hoki kebangsaan Datuk Mirnawan Nawawi.

Mirnawan yang baharu dilantik Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Sabtu lalu mengakui tanggungjawab itu harus menjadi tanggungjawab semua pemain.

Beliau yang pernah menabur bakti dalam tiga edisi Sukan Olimpik bermula di Barcelona (1992), Atlanta (1996) dan kali terakhir di Sydney (2000).

Selepas dari itu Malaysia terus kempunan melayakan diri ke Sukan Olimpik dengan moment paling hampir adalah terlepas slot automatik ke Tokyo 2020 apabila tewas kepada tuan rumah Jepun pada temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang Indonesia.

“Saya ingin pemain-pemain menukar attitude mereka, cara berfikir dan juga harus mempunyai winning mentality”, ujar Datuk Mirnawan.

Ini merupakan kali kedua Datuk Mirnawan bergandingan dengan ketua jurulatih Arul Selvaraj selepas kali pertama menjadi pengurus skuad remaja atau dikenali dengan Projek 2016.

Selain dianggap pemain terbaik dan lagenda negara, pengurus berusia 49 tahun ini juga berperanan selaku pengurus apabila membantu skuad Projek 2013 dibawah bimbingan Mohamad Dharma Raj Abdullah yang memenangi Piala Remaja Asia 2012 buat kali pertama.