Home / Lain - Lain / MILO SEMARAKKAN LAUNGAN AKTIF NEGARAKU

MILO SEMARAKKAN LAUNGAN AKTIF NEGARAKU

Laungan Aktif Negaraku jelas menyuntik semangan kontinjen negara ke Sukan SEA ke-30 Filipina 2019.

Milo selaku pembangunan sukan akar umbi turun padang sepanjang kem akhir untuk meraikan kontinjen Malaysia yang bakal mengharumkan nama negara pada temasya dwi tahunan itu.

Seramai 1132 atlet dan pegawai menyertai kem akhir di Bangi Selangor selama tiga hari sebelum kontinjen negara berlepas ke Filipina untuk bersaing dalam 52 daripada 56 acara sukan yang dipertandingkan.

Menurut timbalan ketua kontinjen negara Nurul Huda Abdullah semangat kontinjen kali ini sedikit berbeza yang turun dengan status juara bertahan namun menegaskan kutipan pingat bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan.

Usaha sama Milo bersama Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) telah terjalin sejak 40 tahun yang lalu dimana setiap tahun lebih 12000 murid bertanding melalui platform ini.

Sementara itu atlet pelayaran negara Khairul Nizam Mohd Affendi yang kerjaya sukannya juga bertitik tolak di program MSSM-MILO sejak berusia 8 tahun lagi.

Dia menyifatkan Sukan SEA tahun ini sebagai cabaran meskipun sudah mengungguli emas pada beberapa temasya sebelum ini.