Home / Hoki / Milik PKS-KPM

Milik PKS-KPM

PKS KPM menjulang kejuaraan TNBMHL2015

PKS KPM menjulang kejuaraan TNBMHL2015

Bukit Jalil, 24 Okt 2015; Jaringan tunggal pemain kebangsaan Raja Norsharina Raja Shabuddin sudah cukup buat PKS KPM menjulang Piala Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) Wanita 2015 dalam penampilan sulung mereka dalam kancah liga hoki kebangsaan setelah menundukkan SSTMI Thunderbolt 1-0 di Stadium Hoki Bukit Jalil Sabtu lalu.

Biarpun memiliki 6 pemain kebangsaan serta dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan PKS KPM tidak diberi laluan mudah oleh pemain pemain muda pasukan SSTMI Thunderbolt yang rata rata dibarisi pemain remaja kebangsaan yang beraksi di China bulan lalu. Namun pengalaman jelas milik pasukan PKS KPM apabila menggunakan ruang atas aksi gugup di awal permainan pasukan lawan menerusi Raja Norsharina Raja Shabuddin di minit ke 5 perlawanan. SSTMI Thunderbolt yang cuba bangkit mencari gol penyamaan selepas itu terus buntu apabila gagal memecah kekebalan benteng pasukan PKS KPM yang diterajui Raja Norsharina Raja Shabuddin dan penjaga gol no 1 kebangsaan Farah Ayuni Yahya dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Jurulatih pasukan PKS KPM, Izzwan Mohamed Salleh yang ditemui selepas perlawanan ternyata gembira dengan aksi yang dipamerkan anak anak buah beliau terutama aksi mantap penjaga gol Farah Ayuni Yahya dalam pertemuan perlawanan akhir tersebut. Malah beliau menyatakan aksi pasukan telah menghadirkan kegembiraan buat pihak pengurusan pasukan dan menjangka kan ini lah landasan terbaik buat pasukan bagi kekal bersaing dalam liga musim hadapan.

JEP_0519

PKS KPM yang muncul juara turut diserikan lagi dengan anugerah individu buat 3 pemain pasukan tersebut di mana Raja Norsharina Raja Shabuddin dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir serta Fatin Naimah dipilih penjaring terbanyak kejohanan dan Hasliza Binti Md Ali telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*