Home / Lain - Lain / Mike rangkul gelaran Mr Universe buat kali keempat berturut-turut

Mike rangkul gelaran Mr Universe buat kali keempat berturut-turut

Jaguh bina badan negara Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah menepati ramalan apabila merangkul gelaran Mr Universe kali keempat berturut-turut pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Pulau Jaeju Korea Selatan.

Syarul yang baru dinobatkan selaku Mr Asia buat kali kelima nyata tidak mengecewakan apabila cemerlang mengatasi pencabar lain di pentas final.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur yang lebih mesra dengan panggilan Mike menewaskan lawan dari Vietnam yang meraih perak manakala atlet dari Thailand terpaksa berpuas hati sekadar meraih pingat gangsa kategori sukan fizik 167cm.

Bagaimanapun harapan untuk melihat seorang lagi atlet muda negara Ahmad Faiz Ariffin yang pernah meraih Mr Asia di Indonesia September lalu terkubur apabila terpaksa meraih pingat perak dengan peserta Thailand berjaya muncul juara dalam kategori sukan fizik 175cm.

Untuk rekod Mike mula meraih gelaran Mr Asia pada 2015, 2016, 2017 dan 2018 serta gelaran Mr Universe pada 2016,2017 dan 2018.