Home / Lain - Lain / MIHF digesa segera selesaikan isu dalam

MIHF digesa segera selesaikan isu dalam

Persekutuan Hoki Ais Malaysia (MIHF) digesa segera mencari solusi terbaik berhubung isu dalaman yang membelenggu persatuan itu menjelang temasya Sukan SEA di Filipina November ini.

Setakat ini kemelut yang melanda menjejaskan persiapan malah difahamkan sehingga kini MIHF masih belum menyerahkan senarai pemain kepada Majlis Olimpik Maaysia (MOM).

MIHF dilanda kemelut dalaman yang mengundang salah faham antara persatuan dan pemain. Pergeseran itu menyaksikan MIHF terpaksa menggugurkan sembilan pemain utama yang enggan bermain selepas tidak berpuas hati selain atas kesalahan tata tertib kerana tidak turun menyertai sesi latihan seperti yang ditetapkan.

Isu ini perlu diselesaikan dengan segera agar senarai akhir pemain dapat dimuktamadkan sebelum tarikh tutup 2 September depan.