Home / Bola Sepak / MIFA lengkapi kuota pasukan Liga Super Malaysia 2019

MIFA lengkapi kuota pasukan Liga Super Malaysia 2019

Pasukan Malaysia Indian Football Association (MIFA) melengkapkan kuota senarai 12 pasukan yang akan beraksi di Liga Super 2019 setelah mendapat kelulusan dari FAM.

Skuad kendalian K.Devan itu mendapat merit dan restu bagi menggantikan FELCRA FC yang menarik diri pada saingan Liga Malaysia 2019.

Pada saingan musim 2018, MIFA menamatkan cabaran di tempat ketiga Liga Premier serta pernah melakukan kejutan menumpaskan JDT di Larkin namun terkandas di peringkat suku akhir.

Sudah tentunya kelibat pasukan baru ini buat pertama kali dalam saingan Liga Super dinantikan penuh debaran dan bakal memberi saingan dan kejutan kepada pasukan-pasukan lain.

AYUH MERIAHKAN LIGA KITA!