Home / Hoki / MHC MASIH BELUM MUKTAMADKAN PENGGANTI DHARMA RAJ

MHC MASIH BELUM MUKTAMADKAN PENGGANTI DHARMA RAJ

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak akan terburu-buru dalam proses pencarian jurulatih wanita kebangsaan memandangkan keadaan semasa penularan Covid-19 waktu ini.

Keputusan Jawatankuasa Kejurulatihan MHC sebulat suara menangguhkan sesi temuduga bagi sembilan calon dari luar negara sehinggan keadaan kembali pulih.

Pencarian jurulatih wanita kebangsaan menarik minat 27 calon bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd Dharma Raj Abdullah.

Hanya separuh sahaja calon yang terdiri dari jurulatih tempatan berjaya ditemuduga setakat 16 Mac lalu sebelum penularan Covid-19.

Sesi temuduga bakal disambung semula selepas situasi wabak Covid-19 di negara ini dan dunia beransur pulih.

Difahamkan seramai 12 calon jurulatih asing adalah dari Belanda, Kanada, Australia, Pakistan dan Korea.

Perancangan asal MHC menamakan jurulatih wanita kebangsaan pada bulan April memandangkan jurulatih tersebut mempunyai tugasan utama tahun ini iaitu saingan Trofi Juara Juara Asia di Donghae Korea Selatan pada bulan Jun.