Home / Hoki / MHC KEKALKAN TARIKH PENGANJURAN PIALA RAZAK 2020

MHC KEKALKAN TARIKH PENGANJURAN PIALA RAZAK 2020

Perancangan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk penganjuran Piala Razak pada bulan September kekal walaupun selepas pengumumkan kerajaan membenarkan kejohanan bagi Contact Sport dilangsungkan bermula 15 Ogos.

Ini adalah bagi memberi ruang bagi semua pasukan membuat persediaan rapi dalam tempuh dua bulan berbanding sebulan jika tarikh asal 21 hingga 29 Ogos digunapakai.

Selain turut membenarkan penyertaan pemain kebangsaan dalam pasukan negeri masing-masing kelonggaran turut diberi MHC tidak meletakkan had syarat umur pemain untuk saingan musim ini.

Setakat ini semua pasukan kekal akan mengambil bahagian selepas MHC memilih tarikh baharu 18 sehingga 26 September untuk saingan Piala Razak dilangsungkan.

Perkembangan terbaharu selepas pengumuman kebenaran penganjuran Contact Sport oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) segalanya akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa pertandingan MHC nanti.

Kali terakhir Piala Razak dianjurkan luar dari lembah klang adalah pada 2017 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh sebelum saingan kembali ke Bukit Jalil dua edisi seterusnya.

Mungkin atas faktor kewangan kejohanan Piala Razak edisi 2020 sekali lagi akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Kebenaran untuk negeri-negeri membariskan pemain kebangsaan selain tiada syarat had umur membuka peluang buat pasukan-pasukan untuk menyenaraikan skuad terbaik dalam kejohanan ini.

Selain Piala Razak turut juga akan dibincangkan adalah penganjuran Liga Hoki Remaja (MJHL) dan juga kejohanan hoki dalam dewan dengan masing-masing dijadualkan berlangsung pada Oktober dan November nanti.