Home / Lain - Lain / MFL nafi 13 stadium tidak selamat

MFL nafi 13 stadium tidak selamat

Penganjur Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yakin pihak pengurusan stadium di peringkat negeri sudah mengambil langkah sewajarnya memastikan keselamatan di tahap terbaik dalam apa jua acara yang diadakan termasuk perlawanan Liga Malaysia.

MFL menafikan tidak mengambil berat dakwaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JDPM) bahasa stadium di negara ini tidak memiliki sijil pematuhan kod (CCC) tetapi adalah jaminan yang diberikan pihak stadium yang lebih mengetahui situasi dan keadaan semasa premis masing-masing dalam penganjuran Liga Malaysia.

MFL tidak bercadang untuk menunda aksi Piala Malaysia yang sedang berlangsung di stadium-stadium yang belum memiliki sijil CCC berkenaan.

MFL berkata projek pembangunan yang dijalankan kerajaan sentiasa menitikberatkan soal keselamatan rakyat dimana elemen penting pembinaan stadium telah mengikut perancangan biarpun tiada CCC atau CF.

Dalam perkembangan yang sama MFL telah menggesa pihak stadium berusaha meminta pengiktirafan daripada kerajaan negeri atau JKR dalam mendapatkan CCC atau CF.

MFL juga agar semua pihak mengubah mentaliti sebahagian stadium-stadium di seluruh negara berada dalam keadaan tidak selamat disebabkan tiada CCC atau CF.

Dalam pada itu KBS akan meminta penjelasan dari pihak terlibat berhubung dakwaan 13 buah stadium di seluruh negara tidak selamat kerana tidak mempunyai sijil CCC dan CF.