Liga Bola Sepak Malaysia beri tempoh seminggu kepada Persatuan Bola Sepak Perlis untuk membuat rayuan berhubung penyingkiran skuad Singa Utara daripada Liga Malaysia 2019.
Ahli Lembaga Pengarah MFL akan meneliti rayuan tersebut sebelum membuat keputusan muktamad.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Kevin Ramalingam berkata kebiasaannya tempoh rayuan adalah 14 hari namun kes melibatkan tunggakan gaji pasukan Perlis adalah serius.
Mengenai status tiga perlawanan mereka sebelum ini pula MFL akan buat keputusan selepas tamat tempoh permohonan rayuan berkenaan.