Home / Bola Sepak / MFL beri peluang pemain Perlis cari pasukan baru

MFL beri peluang pemain Perlis cari pasukan baru

Liga Bola Sepak setuju lanjutkan tempoh pendaftaran pemain-pemain Perlis bagi mencari pasukan baru.

Ini berikutan Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan menyingkirkan skuad Singa Utara dari Liga Malaysia 2019 kerana isu tunggakan gaji yang masih belum selesai.

Dalam masa yang sama MFL kini sedang menilai status enam lagi pasukan yang bergelut dengan masalah yang serupa.

Sementara itu penyokong Perlis mendesak Presiden Perlis iaitu
Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie agar segera meletak jawatan.

Desakan mula tersebar di laman-laman sosial sejak kebelakangan ini berikutan pelbagai isu negatif yang timbul termasuk penyingkiran pasukan tersebut dari Liga Malaysia.