Home / Bola Sepak / MFL beri kata putus kepada PFA

MFL beri kata putus kepada PFA

Liga Bola Sepak Malaysia sahkan sudah ambil tindakan awal dalam usaha menyelesaikan tunggakan gaji 18 pemain Perlis seperti yang dilaporkan.

Menurut MFL masalah tunggakan gaji itu sudah termasuk dalam perjanjian Persatuan Bola Sepak Perlis dengan pihaknya yang dipersetujui pada 28 Disember yang lalu.

Skuad Singa Utara diberikan tempoh 60 hari untuk lunaskan bayaran dan jika gagal pemberian geran tahunan mereka akan disekat dan digunakan untuk melangsaikan hutang itu.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Perlis akan akur jika geran tahunan mereka digunakan untuk tujuan tersebut.

Presiden PFA Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie berkata, beliau masih ada masa sehingga awal Mac ini untuk jelaskan tunggakan gaji berkenaan.