Home / Hoki / Menjelang AGM MHC ke-66 2019 : KLHA ketengahkan calon tersendiri

Menjelang AGM MHC ke-66 2019 : KLHA ketengahkan calon tersendiri

Ketika kebanyakkan persatuan hoki negeri menyokong untuk mengekalkan presiden Konfederasi Hoki Malaysia Datuk Seri Subahan Kamal, Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) tampil dengan calon berbeza dengan mencalonkan Pemangku Raja Pahang Tengku Hasanah Ibrahim Alam Shah sebagai presiden KHM.

Presiden KLHA Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin mencalonkan dirinya sebagai Timbalan Presiden persatuan itu.

Pihak KLHA juga mencalonkan K.Maheshwari sebagai Timbalan Presiden bagi kategori wanita dan beberapa nama untuk naib presiden seperti Mohd Asmirul Anuar Aris, Mohd Faris Mustafa, Mohd Rodzhanizan Mohd Radzi dan beberapa nama lagi.

Beliau mengakui pertandingan untuk merebut tempat mesyuarat agong tahunan (AGM MHC) ke-66 pada 16 November ini agak sengit harapan beliau semua yang tercalon dapat bersaing secara sihat kerana baginya sukan lebih penting dari kepentingan individu.

Selain itu dengan pengalaman yang dimilikinya Datuk Seri Megat yakin dengan kemampuan dirinya menguruskan sebuah persatuan sukan menjadi lebih baik memandangkan apa yang penting baginya adalaha kerja berpasukan yang sering diterapkan dalam persatuan sukan lain yang diuruskannya iaitu KLHA dan Persatuan Kenu Malaysia.