Home / Lain - Lain / Melaka memperkasakan sukan elektronik

Melaka memperkasakan sukan elektronik

Melaka rancang tubuh dua jawatankuasa bagi menyelaras serta membangunkan sukan eletronik terutama dalam kalangan generasi muda.

Pihaknya juga menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan untuk mendidik atlet dan mereka yang berminat mengenai gaya bermain secara sihat.

EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee berkata dua jawatankuasa berkenaan membabitkan Jawatankuasa Pemantauan e-sukan dan Jawatankuasa Pembangunan E-Sukan dibentuk dalam mengangkat sukan itu yang kini menjadi tumpuan golongan muda.

Kerk berkata Jawatankuasa Pemantauan E-Sport berada pada fasa terakhir perlaksanaan yang berperanan mengasingkan kafe siber dengan pusat e-sport bagi memastikan kualiti sukan itu terkawal sekali gus mengelak sebarang gejala tidak sihat.

Beliau berkata Persatuan E-Sport Melaka Tengah juga ditubuhkan bulan lalu yang menjadi platform bagi mencungkil bakat seterusnya menyertai kejohanan e-sports di negara ini.