Home / Bola Sepak / Melaka dakap Piala Tun Sharifah Rodziah

Melaka dakap Piala Tun Sharifah Rodziah

Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Melaka berjaya menundukkan Kedah 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Tun Sharifah Rodziah di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan Melaka ini menafikan hasrat skuad Helang Merah mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi sebelum ini yang menyaksikan Kedah menang 2-0.

Babak pertama berlangsung seimbang yang menyaksikan kedua-dua saling mengatur serangan sebaliknya sering digagalkan oleh ketumpulan penyudah.

Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan menampilkan gaya permainan yang lebih tersusun dan jentera serangan Melaka dilihat lebih efektif dalam mencipta asakan merbahaya ke kubu Kedah.

Perlawanan 90 minit berakhir tanpa jaringan memaksa diheret ke masa tambahan namun masih gagal membuahkan hasil untuk memaksa juara ditentukan menerusi sepakan penalti.

Selepas 120 minit berakhir tanpa jaringan, Melaka akhir menoktahkan kejuaraan selepas menguasai penentuan penalti 3-1. Tempat ketiga dimenangi PDRM selepas menundukkan Selangor 3-2.