Home / Lain - Lain / Megat Zulkarnain jamin atasi masalah penempatan atlet dan makanan halal di Sukan SEA Filipina

Megat Zulkarnain jamin atasi masalah penempatan atlet dan makanan halal di Sukan SEA Filipina

Isu makanan halal dan penempatan atlet negara pada Sukan SEA Manila November nanti akan terjaga dan tidak perlu menjadi kerisauan semua pihak.

Itu jaminan Ketua Kontinjen Negara Datuk Megat Zulkarnain Omardin akan menyelesaikan perkara itu dan mahukan semua atlet fokus sepenuhnya kepada misi masing-masing.

Beliau berkata sekiranya perlu, pihaknya akan membawa tukang masak sendiri dari Malaysia atau menggunakan perkhidmatan tukang masak dari kawasan Manila, menerusi bantuan Kedutaan Malaysia di situ.

Megat Zulkarnain sudah pun mengutarakan permasalahan itu kepada sekretariat Jawatankuasa Olimpik Filipina dan jika keadaan mendesak, kontinjen negara bakal membawa tukang masak dari Malaysia untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Banyak yang saya lihat daripada sukan-sukan ini yang akan disertai oleh wakil Malaysia beragama Islam. Masalahnya adalah mencari makanan halal kerana saya difahamkan di Subic tiada sebarang kemudahan yang berpusat di beberapa hotel.

Edisi ke-30 Sukan SEA yang akan berlangsung di tiga kluster utama iaitu Manila, Subic dan Clark dengan bakal mempertandingkan 56 jenis sukan.