Home / Lain - Lain / Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad anjur Celcom XPAX E-Sukan Kampus kali kedua

Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad anjur Celcom XPAX E-Sukan Kampus kali kedua

Setelah berjaya menganjur Celcom XPAX E-Sukan kali pertama, Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad mengumumkan penganjuran edisi kedua kejohanan.

Kejohanan bakal menyaksikan himpunan bakat-bakat terbaik dikalangan pasukan E-Sukan kampus bersaing untuk merebut hadiah wang tunai RM180,000.00 tidak termasuk hadiah lain dari penaja yang terlibat.

Pemainan E-Sukan yang akan dipertandinkan pada kali ini adalah Mobile Lagend Bang Bang dan PUBG Mobile.Orang ramai juga boleh menyertai pertandingan terbuka yang ditaja oleh Legion by Lenovo yang turut menawarkan hadiah-hadiah menarik.

Pusingan kelayakan dalam talian akan diadakan di setiap zon dimana pasukan-pasukan akan bersaing untuk mendapatkan tempat di pusingan kalah mati.

Pemenang di pusingan kalah mati setiap zon akan mara ke pusingan akhir November nanti di Kuala Lumpur. Pasukan dari kampus terbaik juga akan berpeluang menerima biasiswa bernilai RM50,000 sebagai salah satu inisiatif Celcom XPAX bagi memperkasa E-Sukan di Malaysia.