Home / Lain - Lain / MASALAH LOJISTIK KONTINJEN NEGARA DIJANGKA DAPAT DISELESAIKAN

MASALAH LOJISTIK KONTINJEN NEGARA DIJANGKA DAPAT DISELESAIKAN

Rungutan kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Filipina berhubung masalah lojistik tuan rumah semakin berkurangan.

Menurut Ketua Kontinjen negara Datuk Megat Zulkarnain Omardin ia adalah perkembangan yang baik buat atlet negara.

Meskipun sedar perubahan itu hadir sehari selepas president Filipina Rodrigo Dutarte dilaporkan marah dengan situasi semasa yang berlaku di negaranya.

Pelbagai aduan telah dikemukakan termasuk masalah pengangkutan, penginapan dan makanan nyata mendapat perhatian Duterte.

Dia yang kini berada di Busan Korea Selatan sedang menghadiri persidangan pemimpin-pemimpin negara dan dijangka pulang sebelum majlis pembukaan Sukan SEA 30 November ini.

Menurut jurucakap istana presiden Duterte akan menjalankan siasatan keatas penganjuran sukan itu sejurus temasya itu tamat 13 Disember depan.

Ia bagi menyiasat sebarang unsur ketirisan sehingga menyebabkan beberapa projek lambat siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Datuk Megat yang berlepas ke Filipina pagi tadi turut melaungkan keyakinan bagi mencapai sasaran 70 pingat emas.

Selepas lima hari temasya berlangsung beliau melihat komitmen dan semangat tinggi ditampilkan atlet yang membabitkan lima sukan yang sudah pun bermula awal sejak 24 November lalu seperti polo kuda, floorball, bola sepak, bola jaring dan polo air.

Daripada lima sukan itu polo air dan floorball tanpil dengan aksi kurang memuaskan dalam peringkat kelayakan manakala prestasi baki tiga sukan lagi masih terlalu awal untuk diperkatakan selepas baru sahaja mengharungi satu perlawanan.

Khabar gembira hari ini adalah kejayaan polo kuda yang melangkah ke peringkat separuh selepas menewaskan Brunei petang tadi.

Dalam pada itu juga situasi yang dihadapi kontinjen negara di Sukan SEA akan terus dipantau dari masa ke semasa.

Jika memerlukan Malaysia akan bertindak mengemukan aduan kepada penganjur demi kebaikan semua pihak mengikut jaminan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sambil menggesa kontinjen negara kekal fokus untuk memberi cabaran.