Home / Bola Sepak / Marko Kraljevic kemudi Kelantan

Marko Kraljevic kemudi Kelantan

Persatuan Bola Sepak Kelantan melantik bekas pemain importnya
Marko Kraljevic sebagai ketua jurulatih baharunya bagi saingan Liga Malaysia 2019.

Beliau yang pernah beraksi untuk The Red Warrior pada 1991 hingga 1994 mengakui gembira untuk kembali bersama pasukan lamanya untuk menabur bakti sebagai jurulatih.

Untuk rekod, Kraljevic mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Yusri Che Lah yang mengemudi Kuala Lumpur bagi saingan musim ini.

Musim lalu menyaksikan 2 jurulatih luar disingkirkan oleh Kelantan selepas gagal memberikan keputusan yang dimahukan.

Sathit Bensoh dan juga Fajr Ibrahim merupakan 2 jurulatih yang disingkirkan Kelantan pada musim 2018.