Home / Lain - Lain / MAM RANGKA PROGRAM BAGI MEMBANTU BEKAS PELUMBA

MAM RANGKA PROGRAM BAGI MEMBANTU BEKAS PELUMBA

Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) mengambil langkah proaktif untuk membantu bekas-bekas pelumba dengan merangka pelbagai program yang dapat memberi manfaat kepada arena sukan permotoran negara.

“Pengalaman mereka sebagai bekas pelumba akan digunakan bagi memastikan atlet muda mendapat ilmu untuk mencapai kejayaan.

MAM sebagai satu badan yang akan mempromosi sukan permotoran mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berbincang dan menyumbang”, ujar Tan Sri Mokhzani Mahathir selaku Presiden MAM.

Sementara itu mengenai nasib yang menimpa pelumba Rally negara Karamjit Singh MAM berharap bantuan tajaan yang bernilai RM3 juta yang di pohon pelumba berusia 58 tahun itu dapat memberikan keputusan yang baik ketika ramai lagi yang masih memerlukan.

Situasi pandemik Covid-19 juga sememangnya memberikan kesan kepada ekosistem sukan permotoran negara.

Bagaimana pun MAM yakin dan meletakkan harapan tinggi kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar sukan permotoran negara akan diberi kelulusan penganjuran bagi musim hadapan seperti bola sepak dan sukan-sukan lain dibawah modul Sports Bubble atau Gelembung Sukan.

Dalam pada itu Tan Sri Mokhzani turut memaklumkan MAM dalam perancangan untuk menubuhkan racing school untuk tempuh setahun lagi dengan menyasarkan 100 pelumba dalam kategori empat roda.

Bagi program pembangunan jentera dua roda telah dijalankan oleh SIC ketika ini bersama dengan pasukan ZK Racing.