Home / Lain - Lain / MAM BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN DAN MAHU SUKAN PERMOTORAN BEBAS DARI COVID-19

MAM BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN DAN MAHU SUKAN PERMOTORAN BEBAS DARI COVID-19

Badan pengelola sukan permotoran Malaysia (MAM) menerusi presidennya Tan Sri Mokhzani Mahathir mahu sukan permotoran bebas dari Covid-10.

Baginya keputusan kerajaan meluluskan sukan permotoran jentera dua dan empat roda satu khabar gembira namun ada aspek yang perlu diteliti semula yang mana pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar terhadap industri sukan permotoran di Malaysia.

Kelulusan itu nyata memberi kelegaan kepada sukan permotoran apabila latihan dibenarkan walaupun menjalankan kejohanan masih belum mendapat kelulusan.

“Apa yang akan kita mula lakukan adalah menerusi program-program latihan dan memastikan SOP yang diberi penekanan boleh digunapakai.

Pihak kami perlu menyakinkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mana sukan permotoran selain dianggap sukan rekreasi ia juga merupakan “periuk nasi” bagi mereka yang terlibat”,ujar Tan Sri Mokhzani.

Apa yang penting sekarang dipihak beliau berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan penganjuran di peringkat tempatan dengan mengenakan SOP yang ditetapkan khususnya di litar elit Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dalam masa yang sama SIC mahu memastikan sukan permotoran perlu bebas dari Covid-19 dengan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.