Home / Bola Sepak / Malaysia tundukkan Thailand di Pattaya

Malaysia tundukkan Thailand di Pattaya

PATTAYA : Malaysia menghidupkan peluang mereka di Kejohanan Bolasepak Pantai AFC Thailand 2019 dengan menewaskan tuan rumah Thailand 5-4 dalam pertemuan klasik untuk mendaki ke tempat kedua dalam Kumpulan A.

Malaysia mendahului 5-1 suatu ketika sebelum Thailand memperagakan kebangkitan dengan menjaringkan 3 gol dalam sekejap mata yang hampir memungkinkan perlawanan ditentukan dalam masa tambahan.

Pasukan Mohammed Faizal So’od kini telah melompat di tangga kedua selepas Afghanistan, yang mempunyai dua mata, dan Malaysia boleh mengesahkan slot mereka dalam lapan terakhir kejohanan itu dengan syarat wajib mengutip tiga mata menentang Palestin pada Isnin.

Thailand terlebih dahulu menguji kubu Malaysia dan hampir menjaringkan gol dari sepakan gunting Komkrit Nanan pada minit kedua tetapi Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringanmenerusi Mohamad Norazman, yang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit keempat .

Foto : http://www.the-afc.com

Malaysia terus menambah tekanan buat Thailand apabila
Mohd Ridhwan mencetak gol kedua pada minit ke-10 hasil penyudah ke gawang Thailand yang kosong.

Malaysia telah mempamerkan penguasaan menerusi gol ketiga menerusi Mohd Hasrol menyempurnakan hantaran lintang Qushairie Asaari membolehkan skuad negara mendahului 3-0 pada babak pertama.

Menyedari keadaan harus melakukan sesuatu, Thailand membina kembali semangat mereka hasil jaringan pada minit ke-20 menerusi tendangan menakjubkan Kittin Lorjanad ke sudut yang sukar sejurus tepisan
penjaga gol Malaysia Nazri Sulaiman.

Malaysia terus menggandakan serangan dan hasilnya berjaya menambahkan jaringan hasil tendangan bebas Qushairie tatkala perlawanan hanya berbaki 10 saat tinggal menjadikan kedudukan 4-1.

Tekanan terus memuncak buat Thailand apabila sekali lagi Malaysia berjaya menghasilkan gol menerusi Hasrol menerusi jaringan gol jarak dekat namun Thakorn Wikayaphan memberi mereka harapan buat Thailand dengan menjaringkan gol walapun Nazri bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan Thailand.

Tanandon Praracha mengurangkan defisit gol buat Thailand dengan sepakan percuma pada minit ke-34, dan Komkrit secara dramatik menjadikannya kedudkukan 5-4 ketika perlawanan hanya tinggal berbaki satu minit.

Thailand memberikan segala terbaik yang mereka ada untuk mengikat Malaysia namun sudah terlambat untuk tuan rumah untuk Malaysia mencipta kemenangan pertama dan seterusnya membuka laluan mereka untuk cuba layak ke pusingan seterusnya.

Foto : http://www.the-afc.com