Home / Bola Sepak / Malaysia tundukkan Thailand di Bukit Jalil

Malaysia tundukkan Thailand di Bukit Jalil

Malaysia mencetak kemenangan kedua dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 setelah menafikan cabaran Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lebih manis lagi ini merupakan kejayaan menundukkan musuh tradisi ini dengan jaringan yang sama pada 15 tahun lepas pada saingan Piala Tiger.

Dalam aksi perlawanan peringkat kumpulan G menentang skuad Gajah Perang ini gawang Malaysia terlebih dahulu dibolosi hasil sentuhan jaringan Chanathip Songkrasin seawal minit ke-7 perlawanan.

Walaubagaimana pun Brendan Gan membuktikan bahawa beliau memainkan peranan penting untuk menjaringkan gol dan juga bertindak sebagai pembantu penjaring gol.

Jaringan beliau pada minit ke-26 dan juga lambungan umpan cantik kepada Mohamadou Sumareh pada minit ke-57 memberikan gol kemenangan buat Harimau Malaya dihadapan lebih 39363 penyokong.

Malaysia akan melengkapkan perlawanan terakhir pusingan pertama kelayakan bagi kumpulan G menentang Indonesia juga di Bukit Jalil pada minggu hadapan seterusnya memuktamadkan misi untuk mengutip tiga mata penuh.