Home / Bola Sepak / Malaysia tewas pada aksi pembukaan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2019

Malaysia tewas pada aksi pembukaan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2019

PATTAYA : Malaysia memulakan langkah kiri dalam kempen Kelayakan Bola Sepak Pantai AFC 2019 apabila tewas kepada Afghanistan dalam perlawanan pembukaan dengan keputusan 2-3 setelah tambahan masa perlawanan.

Kapten Afghanistan, Sami Ullah Mohammadi menjaringkan gol pada detik-detik pembukaan separuh masa kedua tambahan masa yang nyata mengecewakan pasukan kebangsaan.

Di awal perlawanan menyaksikan Malaysia banyak menguji gawang gol lawan namun tindakan tangkas dan pantas penjaga golnya iaitu Shabab Shah Alavi nyata mengecewakan pasukan kebangsaan.

Mohd Hasrol seolah-olah memberi amaran tentang matlamat Malaysia untuk mencipta kemenangan menerusi percubaan kencang menggegar ke gawang Afghanistan tetapi Rauf Qaderi memastikan Afghanistan mendahului enam saat sebelum rehat masa pertama.

Mohd Riduan menjadi pemain Malaysia kedua yang dinafikan apabila percubaannya juga melepasi palang gawang pada awal dalam tempoh masa kedua.

Malaysia menyamakan kedudukan apabila penjaga gol Mohd Nazri Sulaiman melakukan tendangan kencang jarak jauh pada minit ke-22 menjadikannya kedudukan 1-1 pada akhir masa kedua.

Alavi sekali lagi menjaringkan gol kedua untuk meletakkan Afghanistan kembali di depan pada minit pertama dalam perlawanan terakhir hanya beberapa saat selepas Muhammad Qushairie menggegarkan gawang Afghanistan menjadikan kedudukan 2-2.

Afghanistan tidak menunggu lama untuk mendahului Malaysia menerusi Mohammadi dan seterusnya memenangi perlawanan dengan jaringan 2-3.

Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan Malaysia bakal melayani tuan rumah Thailand manakal Afghanistan akan bertemu dengan Palestine.