Home / Bola Sepak / Malaysia tewas namun layak ke suku akhir Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2019

Malaysia tewas namun layak ke suku akhir Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2019


PATTAYA : Jaringan hatrik oleh Maisara Al Bawwab meletakkan Palestin di kedudukan teratas kumpulan dengan mengutip sembilan mata hasil dari tiga perlawanan setelah berjaya menewaskan Malaysia 6-5 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Namun Malaysia juga turut layak mengisi slot lapan terakhir hasil kemenangan Thailand 2-0 ke atas Afghanistan. Anak buah Mohammed Faizal So’od layak berdasar rekod pertemuan ‘head-to-head’ walaupun masing-masing berkongsi mata yang sama.

Malaysia mengakui bahawa hanya tiga mata kemenangan yang mampu menjamin tempat mereka di peringkat suku akhir, tetapi Malaysia bermula agak goyang apabila Maisara Al Bawwab menggegar gawang sejurus wisel sepak mula dibunyikan.

Foto : http://www.the-afc.com

Ridhwan Zainal membaitkan bibit-bibit kebangkitan Malaysia dengan menjaringkan gol pada minit kedua susulan dari bola muntah hasil tampanan penjaga gol Palestine Abudiab susulan dari tendangan penalti Mohamad Norazman menjadikan kedudukan 1-1.

Empat minit kemudian, Malaysia berada di hadapan menerusi rembatan jarak jauh Zaharim Yusof menewaskan Abudiab. Malaysia terus mengasak menyerang untuk mendahului 2-1 hingga tamat period pertama.

Dalam period kedua, Mahmoud Al Neirab berjaya menjarakkan jurang jaringan buat Palestin hasil tendangan bebas pada minit ke-16, namun
Qushairie Asaari kembali meletakkan Malaysia di hadapan menerusi satu tendangan bebas dari jarak yang sama seminit kemudian.

Pada minit ke-19 Al Neirab mendapat tepukan gemuruh dari hadirin apabila menjaringkan gol meneruis sepakan gunting yang menakjubkan tetapi Zaharim memastikan Malaysia di hadapan juga menerusi tendangan volley dari tendangan tendangan sudut seminit selepas Palestine mencetakkan gol.

Foto : http://www.the-afc.com

Sepakan penalti Ahmed Allulahi berjaya diselamatkan oleh Nazri Sulaiman namun tindakan pantas Al Bawwab melepaskan tandukan bagi menjaringkan gol buat Palestine untuk mengikat Malaysia dengan jaringan 4-4 pada babak akhir period kedua.

Di period terakhir, Al Bawwab mengulangi penampilannya yang luar biasa untuk menjaringkan menerusi sepak mula seterusnya melengkapkan jaringan hatrik peribadinya seterusnya memberikan tekanan buat Malaysia.

Percubaan Nazri pada minit ke-33 sekadar singgah di palang gol Palestine namun tandukkan Islam Abuobayda menerjah gawang gol Malaysia beberapa detik kemudian.

Malaysia memperolehi gol saguhati menerusi Yousef Shaladan yang menampan bola ke gawang sendiri dengan hanya perlawanan berbaki satu minit.

“Ia satu permainan yang sangat sukar, pemain Palestine sangat tinggi dan kami mempunyai kelemahan kerana saiz pemain kami, oleh itu, lontaran dari penjaga gol untuk pemain-pemain Palestine menjadikannya lebih mudah untuk mereka. permainan kejohanan itu. Seperti yang anda lihat kami beraksi seperti perlawanan akhir”, ujar Ketua Jurulatih Malaysia Mohammed Faizal So’od.

Malaysia akan bertemu dengan pemenang Kumpulan B United Arab Emirates di peringkat suku akhir pada Khamis ini manakala Palestin akan menghadapi Lubnan.