Home / Lain - Lain / Malaysia tewas di tangan Korea Selatan

Malaysia tewas di tangan Korea Selatan

Foto : Azhari Yusop / SukanMalaysia

Rangkuman bagi perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan pada Kejohanan Ragbi Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Foto : Azhari Yusop / SukanMalaysia

Pasukan Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pada perlawanan pertama di Korea Selatan minggu lepas namun masih belum mampu meraihkan kemenangan apabila tumpas 16-38 semalam.

Foto : Azhari Yusop / SukanMalaysia

Malaysia dikejutkan dengan try awal sebelum ketinggalan 0-10 selepas 21 minit perlawanan. Namun penalti dari Mohd Fairuz Ab Rahman pada minit ke 21 membolehkan Malaysia mendekatkan jaringan kepada 3-10. Pada minit ke 25, Stadium Nasional Bukit Jalil bergemuruh apabila Malaysia memperolehi try melalui Amirul Mukminin Amizan. Apabila Mohd Fairuz menyempurnakan conversion, Malaysia berjaya mengikat Korea Selatan 10-10.

Foto : Azhari Yusop / SukanMalaysia

Namun kegembiraan penyokong hanyalah sementara apabila Korea Selatan berjaya mempeolehi satu lagi try pada minit ke 33 hasil cubaan Kwanyoung Na. Malaysia menamatkan separuh masa pertama 13-24 apabila Mohd Fairuz sekali lagi menyempurnakan penalti pada minit ke 36.

Foto : Azhari Yusop / SukanMalaysia

Permainan yang baik dalam separuh masa pertama gagal diteruskan selepas permainan disambung apabila Korea Selatan berjaya menghasilkan dua lagi try untuk menamatkan perlawanan dengan kedudukan Malaysia 16, Korea Selatan 34.

Foto : Azhari Yusop / SukanMalaysia