Home / Lain - Lain / Malaysia Terus Cemerlang

Malaysia Terus Cemerlang

PETALING JAYA, 13 Mei 2015 : Malaysia kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk membolehkan mereka layak beraksi dalam Divisyen Satu Kejohanan Ragbi Asian.

Rugby_MD_2

Malaysia berjaya menundukkan United Arab Emirates (UAE) 20 – 19 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ semalam sekaligus memastikan pasukan bimbingan Lee Nyuk Fah mendahului Divisyen Dua. Malaysia ketika ini mendahului setelah memungut 11 mata diikuti UAE (6 mata), Taiwan (5 mata) dan Thailand (1 mata).

Rugby_MD_1

Malaysia bermula dengan baik apabila berjaya melakukan ‘try’ melalui Atunasia Lacadamu Takub pada minit ke 13 untuk membawa Malaysia mendahului dengan 5-0. Namun UAE bangkit dengan ‘try’ oleh Edward Lewsey dan ‘conversion’ oleh Hassan Al Noobi pada minit ke-21. Jaringan penalty oleh Mohd Syarif Sudin pada minit ke-24 kembali membuatkan Malaysia mendahului namun ‘try” oleh Jean Boles memastikan Malaysia menamatkan perlawanan separuh masa pertama ketinggalan 8-12.

UAE meneruskan kecemerlangan sebaik perlawanan bermula apabila Jean Boles menjaringkan ‘try’ kedua pada minit ke 43 sebelum ‘conversion’ disempurnakan oleh Hassan Al Noobi untuk membawa kedudukan UAE mendahului dengan 19-8. Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia melakukan dua ‘try’ melalui Atunasia pada minit ke-50 dan Mohd Aiman Jamaluddin pada minit ke-58. Mohd Syarif kemudian memastikan ‘conversion’ bagi membolehkan Malaysia mendahului dengan 20-19.

Dalam perlawanan lain, Taiwan menewaskan Thailand 29-24.

Malaysia akan melengkapkan perlawanan dengan bertemu Thailand pada jam 5.00 petang Sabtu ini (16 Mei 2015) di Stadium MBPJ manakala UAE akan menentang Taiwan pada jam 3.00 petang.

Gambar oleh : Faiz Azizan/Malaysia Rugby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*