Home / Lain - Lain / Malaysia sasar separuh akhir di Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Asia Bawah 20 Tahun

Malaysia sasar separuh akhir di Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Asia Bawah 20 Tahun

Selepas kejayaan skuad kebangsaan dan juga skuad bawah 18 tahun mengungguli kejohanan peringkat Asia, giliran skuad bawah 20 tahun negara pula menjadi tumpuan membawa cabaran Malaysia bagi Kejohanan Ragbi Asia 7 Sebelah Bawah 20 Tahun.

Tekanan mula dirasai selepas kejayaan pasukan abang dan adik lebih -lebih lagi Malaysia turun selaku pasukan tangga kebawah selepas menamatkan kempen di posisi terakhir tahun lalu.

Sasaran mara ke peringkat separuh akhir tetap dilihat realistik ketika jurulatih Baharuddin Mahani memilih untuk menyenaraikan sembilan pemain berusia 19 tahun dengan hanya 3 pemain berumur 20 tahun.

Turut tersenarai 6 pemain yang menjulang trofi bawah 19 tahun musim lalu sekaligus memberikan keyakinan slot ke separuh akhir bukan misi mustahil.

Pada kejohanan yang akan berlangsung di Vientiane Laos sabtu dan ahad ini, Malaysia berada dalam kumpulan A akan memulakan kempen menentang Taiwan sebelum bertemu juara bertahan Hong Kong dan Uzbekistan.