Home / Lain - Lain / Malaysia raih 2 emas, 1 perak dan 3 gangsa di Kejohanan MuayThai Remaja Dunia 2019 di Antalia Turki

Malaysia raih 2 emas, 1 perak dan 3 gangsa di Kejohanan MuayThai Remaja Dunia 2019 di Antalia Turki

Dua atlet MuayThai negara Mohammad Rifdean Masdor dan Noramisha mencetuskan sensasi pada kejohanan MuayThai Remaja Dunia di Antalia Turki apabila cemerlang memenangi pingat emas selepas menumbangkan lawan masing-masing yang pernah bergelar juara dunia.

Kejayaan penuh bersejarah itu pastinya menyuntik semangat ke Sukan SEA Filipina November nanti.

Mohammad Rifdean yang menggalas tanggungjawab selaku kapten negara pada kejohanan ini memenangi pingat emas selepas menewaskan atlet dari Israel Ruach Hashem Gordon di peringkat akhir.

Tewas di pusingan pertama Mohammad Rifdean bangkit untuk memenangi pusingan kedua dan ketiga sekaligus mencatatkan kemenangan 29-28 dan menobatkan Mohammad Rifdean sebagai juara remaja dunia 2019.

Turut bergelar juara dunia remaja 2019 adalah atlet MuayThai wanita negara Nur Amisha Azril Rizal. Berdepan atlet Russia dalam kategori 51kg Nur Amisha cemerlang mencatatkan kemenangan 30-27 di peringkat akhir.

Untuk rekod Malaysia menamatkan kejuaraan MuayThai Remaja Dunia di Antalia Turki ini dengan dua pingat emas, satu perak dan tiga gangsa.