Home / Bola Sepak / Malaysia Layak Ke Final Piala AFF

Malaysia Layak Ke Final Piala AFF

unnamed

Photo by Khairil Ajhar Jaafar / www.asiana.my

Percaturan berani Dollah Salleh membuahkan hasil apabila Harimau Malaya berjaya membenam The Boys In Red nama jolokan untuk pasukan Vietnam. Tiada siapa yang menjangka Dollah akan menukar 5 pemain kesebelasan utama Ahad lalu iaitu dengan menurunkan Indra, Badri Radzi, Farizal serta Shukor dan Amri yang tidak dapat diturunkan pada separuh akhir yang pertama.

Walaupun Vietnam turun dengan berbekalkan kedudukan 2-1 serta berkeyakinan tinggi apabila beraksi di tempat sendiri, namun ia tidak mematahkan skuad bimbingan Dollah Salleh mencipta kejutan. Malaysia meraih jaringan pembukaan seawal minit ke-3 menerusi sepakan penalti Safiq Rafim selepas pemain pertahanan Vietnam dipersalahkan kerana menjatuhkan Indra Putra Mahayuddin di dalam kotak penalti.

Semangat Harimau Malaya semakin membara apabila Norshahrul Idlan Talaha bijak mengambil kesempatan kesilapan benteng pertahanan lawan apabila hantaran lambung Amri Yahya gagal di keluarkan oleh penjaga gol Vietnam. Selang beberapa minit kemudian Vietnam pula dihadiahkan sepakan penalti apabila berlaku kekasaran di dalam kotak penalti Malaysia dan Le Cong Vinh menyempurnakan sepakan penalti untuk Vietnam merapatkan kembali jurang gol.

Kehadiran Badri Radzi dan Indra banyak membuka ruang permainan apabila hantaran jauh Badri Radzi di sambut baik Indra yang kemudiannya membuat hantaran lintang di depan pintu gol Vietnam yang kemudiannya pertahanan Vietnam tertampan ke arah gol sendiri. Pemain berpengalaman yang juga Kapten Malaysia, Shukor Adan yang naik keatas untuk membantu bahagian serangan bijak mengambil kesempatan membuat tandukan mudah untuk menyempurnakan jaringan keempat negara.

Bersambung babak kedua, Malaysia mula mengamalkan corak bertahan dan Vietnam pula berusaha keras dengan melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu Harimau Malaya. Kesilapan kecil pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa melepaskan gol ketiga buat Vietnam. Namum usaha Malaysia akhirnya berbaloi dengan kemenangan 4-3 di Hanoi.

Semoga semangat sebegini dapat kita lihat di aksi Final Piala Suzuki AFF di Bangkok pada 17 dan di Shah Alam 20 Disember ini. Ayuh MALAYSIA!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*