Home / Lain - Lain / Malaysia kecilkan kontinjen ke Sukan SEA Filipina 2019

Malaysia kecilkan kontinjen ke Sukan SEA Filipina 2019

Timbalan Majlis Olimpik Malaysia Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata terdapat tiga persatuan masih gagal melunaskan hutang dengan pihaknya.

Dalam pada itu MOM terpaksa tangguhkan pemilihan Chef de Mission ke Sukan SEA Filipina ekoran perlu mendapat persetujuan dari Menteri Belia dan Sukan.

Dalam pada itu selaku Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menjadi orang nombor dua Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hasil pemilihan semasa perhimpunan agung tahunan ke-37 MOM baru-baru ini.

Beliau melakar kejutan menewaskan calon pilihan, Datuk Megat Zulkarnain Omardin apabila meraih 54 undi manakala lawannya 43 undi.

Manakala penyandang Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo tewas tipis dengan perbezaan satu undi.

Pencabarnya, Datuk Mohd Nafizuddin Mohd Najib akan menggantikannya apabila meraih 49 undi.

Naib Presiden pula menyaksikan dua penyandang berjaya mempertahankan jawatan adalah Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaffar dan Datuk Ong Poh Eng.

Manakala tiga muka baru adaah Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim, Datuk Shamala Subramaniam dan Mahinda Vallipuram.

Ia melengkapkan barisan kepimpinan baru yang diterajui Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi penggal 2018-2021.