Home / Lain - Lain / Malaysia Juara Bergaya

Malaysia Juara Bergaya

MAL_Thai_6
PETALING JAYA, 16 Mei 2015: Malaysia berjaya menjuarai Divisyen Dua Kejohanan Ragbi Asia sekaligus memastikan Malaysia kembali mewarnai kancah Divisyen Satu tahun hadapan. Kali terakhir Malaysia beraksi dalam Divisyen Satu adalah pada tahun 2011.

MAL_Thai_5

Malaysia yang turun selaku pendahulu liga memastikan penonton yang hadir tidak pulang kecewa apabila membelasah Thailand 53 – 7 sekaligus mengutip 17 mata untuk muncul juara.

MAL_Thai_4

Pasukan Malaysia yang dilatih oleh Lee Nyuk Fah tidak menunggu lama apabila pantas mencatatkan jaringan melalui penalti Nik Shahiddan pada minit ke 5. Permainan pantas pasukan Malaysia memastikan penambahan mata melalui ‘try’ oleh Amirul Sani pada minit ke 8 dengan ‘conversion’ yang disempurnakan oleh Nik Shahiddan. Malaysia terus utuh apabila Amirul Sani menambah satu lagi ‘try’ pada minit ke 22.

Namun gerakan pantas Thailand berjaya memberikan mata apabila Kwan Chumjai melakukan ‘try’ pada minit ke 29 dimana Warongkorn Khamkoet menyempurnakan ‘conversion’.

MAL_Thai_3

Malaysia bagaimanapun bangkit dan melalui ‘try’ oleh Atunasia Lacadumu Takubu (minit ke 33), Etonia Vaqa Saukuru (minit ke 38) serta ‘conversion’ oleh Nik Shahiddan untuk memastikan Malaysia menamatkan separuh masa dengan mendahului 27 – 7.

MAL_Thai_2

Walaupun selesa mendahului, Malaysia terus memaparkan corak permainan pantas yang jelas menghiburkan penonton yang hadir apabila menambah empat lagi ‘try’, masing-masing melalui Amirul (minit ke 45), Vatimio Rabebe (minit ke 52), Amirul Mukminim Amizan (minit ke 67), dengan kesemua ‘conversion’ disempurnakan oleh Sae Faalupega.‘Try’ terakhir Malaysia dijaringkan oleh Etonia untuk memastikan Malaysia memastikan kemenangan 53-7.

MAL_Thai_1

Jurulatih negara, Lee Nyuk Fah berkata skuad kendaliannya akan beraksi pada Piala Crescent pada dari 6 hingga 14 Jun ini di Melaka sebelum membuat persiapan selama lapan hingga sembilan bulan untuk menghadapi saingan Divisyen Satu tahun hadapan.

UAE 1

Dalam perlawanan terdahulu, United Arab Emirates (UAE) menewaskan Taiwan 16-12. UAE menamatkan kejohanan pada tempat kedua dengan memungut 12 mata, Taiwan pada kedudukan ketiga dengan 7 mata manakala Thailand di kedudukan terakhir dengan 1 mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*