Home / Golf / Malaysia idam rampas kejuaraan pada Kejohanan Golf Senior Amatur Asia Tenggara

Malaysia idam rampas kejuaraan pada Kejohanan Golf Senior Amatur Asia Tenggara

Persatuan Senior Golfers Malaysia (SGSM) mensasarkan untuk meraih kejuaraan hatrik pada Kejohanan Golf Senior Amatur Asia Tenggara.

Malaysia tampil selaku tuan rumah pada edisi kali-36 September nanti bagi mempertahankan kejuaraan yang diraih bagi dua tahun berturut-turut.

Turut mengintai peluang Idris Ngah yang merupakan juara edisi 2017 untuk mengungguli kategori individu.

Ini adalah kali kesepuluh Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Golf Senior Amatur Asia Tenggara selepas penganjuran kali terakhir pada 2012.

Sebagai mana edisi sebelum ini 6 buah negara menghantar wakil membawa kepada jumlah 256 orang peserta akan bertarung merebut kejuaraan.

Edisi ke-36 pada kejohanan kali ini juga bakal menjadi edisi ke-3 Idris Ngah yang juga merupakan juara edisi 2017 di Filipina.

Beliau bertekad untuk kembali menjadi juara buat kali ke-2 selepas terlepas gelaran juara pada tahun lalu setelah tewas pada edisi di Jakarta.

Kejuaraan Senior Golf Asia Tenggara akan berlangsung di Kelab Golf Glenmerie bermula 23 sehingga 25 September.