Home / Hoki / Malaysia diundi bersama China, Brazil dan Itali

Malaysia diundi bersama China, Brazil dan Itali

Malaysia diundi bersama China,Brazil dan Italy dalam kumpulan B pada Kejohanan Hoki Siri Final FIH 2019 yang bakal berlangsung April depan.

Aksi pasukan Hoki Malaysia. Gambar oleh Jeffrizal Abu / SM International

Dua pasukan di final dalam kejohanan ini akan layak ke pusingan akhir pada Sukan Olimpik Tokyo November nanti.

Sementara itu jurulatih skuad hoki negara Roelant Oltmans enggan anak buahnya memandang rendah pihak lawan sebaliknya membuat persediaan rapi bagi memastikan pasukan negara menduduki kedudukan dua tempat teratas.

Jurulatih skuad Malaysia, Roelant Oltmans. Gambar oleh Jeffrizal Abu / SM International

Menurut undian Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Kumpulan A terdiri daripada pasukan No. 10 dunia, Kanada, Austria (19), dan pasukan ­ranking ke-24 dunia, Wales manakala pengganti Vanuatu, yang menarik diri akan ditentukan kemudian.

Bagaimanapun, Kanada dan China, pasukan No. 14 dunia, adalah dua negara yang dijangka memberi cabaran kepada tuan rumah, Malaysian Tigers yang berada di ranking-13 dunia.

Kejohanan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini akan berlangsung dari 26 April hingga 4 Mei ini.

Skuad Malaysian Tigers, di bawah bimbingan Roelant Oltmans, akan membuka kempen perlawanan kumpulan dengan menentang Brazil pada 26 April, China (28 April) dan Itali pada 29 April.