Home / Hoki / Malaysia cemerlang di Kejohanan Hoki Dalam Dewan Wanita Antarabangsa Jubli Kuala Kangsar Perak

Malaysia cemerlang di Kejohanan Hoki Dalam Dewan Wanita Antarabangsa Jubli Kuala Kangsar Perak

Malaysia membuka kempen hoki dalam dewan jemputan wanita antarabangsa Tuanku Zara di Dewan Jubli Kuala Kangsar Perak pagi tadi dengan aksi memukau apabila mencatat dua kemenangan selepas membelasah Filipina 12 gol tanpa balas.

Skuad bimbingan Mohd Dharma Abdullah memulakan pesta jaringan apabila membuka jaringan seawal minit ke-3 menerusi kapten pasukan Norhazliza.

Lima minit berselang Malaysia selesa apabila Norhazliza melebarkan jaringan kedua buat pasukan negara.

Filipina jelas tidak tertahan dengan asakan tanpa henti daripada pasukan Malaysia apabila Noraishah menyumbat dua gol pada minit ke-12 dan 13 dan Norafikah menjadikan kedudukan 5-0 buat Malaysia.

Nurulsyafika Mohd Isa dan Norafah Mohd Noor menjaringkan dua gol buat Malaysia mendahului 7-0 menjelang waktu rehat.

Bersambung babak kedua Malaysia terus mengucar kacirkan benteng Filipina menerusi gol pantas Norkasidah Najwa dan Norarfah pada minit ke-27.

Kelincahan Norafikah sekali lagi nyata sukar di kekang pasukan lawan apabila meledak jaringan kedua peribadinya minit ke-29.

Malaysia terus mendominasi perlawanan dan minit ke-36 menyusul gol kesebelas menerusi jaringan ketiga Noraishah.

Kasidah Najwa melengkapkan pesta gol Malaysia apabila menjaringkan gol ke-12 pada minit ke-38.

Skuad negara terus cemerlang menundukkan Taiwan 5-1 bagi perlawanan kedua.