Home / Lain - Lain / Malaysia Airlines Berhad suntik dana RM40 juta buat Team Malaysia

Malaysia Airlines Berhad suntik dana RM40 juta buat Team Malaysia

Malaysia Airlines Berhad (MAB) salurkan tajaan bernilai RM40j kepada program Team Malaysia mulai tahun ini sehingga 2022.

Menteri Belia dan Sukan berkata penajaan tersebut melibatkan beberapa kejohanan penting di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA Manila 2019, Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Komanwel di Birmingham pada 2022.

Syed Saddiq Abdul Rahman juga berkata program itu membolehkan setiap aset Majlis Sukan Negara yang dimiliki oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara dibangunkan serta menerapkan nilai komersial.

Sementara itu Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan dana RM2.3j untuk menaiktaraf Stadium Mini Bagan Serai.

Kerja menaiktaraf yang bermula pertengahan bulan lalu itu melibatkan penambahan trek larian, menaiktaraf padang bola, menambah kemudahan laluan khas untuk golongan OKU.