Home / Lain - Lain / MAKAF tetap pantau Syakilla

MAKAF tetap pantau Syakilla

Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF)  tetap pantau program Syakilla Salni Jefry Krisnan apabila untuk berlatih di bawah bekas jurulatih kebangsaan Andris Vasiljeves dari Latvia di Phuket, Thailand.

MAKAF menegaskan mereka tidak mahu mengabaikan atlet tersebut walaupun beliau mengambil keputusan untuk tidak berlatih bersama skuad negara bersama ketua jurulatih negara dari Iran iaitu Ali Reza Souleymani.

Syakilla katanya tetap menjadi sandaran negara untuk meraih emas pada Sukan SEA Filipina dan mensasarkan untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

MAKAF tetap kekal dengan sasaran empat pingat emas pada temasya dwitahunan berkenaan iaitu tiga dalam acara kumite (tempur) dan satu dalam acara kata (seni).

Sebelum ini, MSN memenuhi kehendak Syakilla untuk berlatih bersama Vasiljevs dengan syarat atlet berkenaan menurunkan berat untuk bersaing bagi kategori bawah 55 kilogram selepas bekas juara Sukan Asia Incheon 2014 itu kini mengalami peningkatan berat badan melebihi 60 kilogram

Selain Syakilla, MAKAF turut meletakkan harapan kepada beberapa atlet untuk memenuhi sasaran emas termasuk atlet ranking nombor satu dunia bawah 21 tahun, P Madhuri dan A Somanroy, ranking ketiga dunia bawah 21 tahun.