Home / Bola Sepak / MAJORITI PENYOKONG SETUJU LIGA MALAYSIA DIBATALKAN

MAJORITI PENYOKONG SETUJU LIGA MALAYSIA DIBATALKAN

Ketika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi bayangan saingan Liga Malaysia akan diteruskan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir namun penyokong berfikiran sebaliknya.

Majoriti mengharapkan keputusan itu dapat dipertimbangkan sekiranya saingan musim ini dibatalkan.

Menerusi undian yang dijalankan di laman facebook Berita Harian Online, 90% pelajar internet bersetuju dengan pembatalan Liga Malaysia daripada lebih 40,000 undian sementara 10% lagi tidak bersetuju.

Trend sama dapat disaksikan di twitter apabila 87.3% dengan pembatalan liga membabitkan 1,100 undian manakala 12.7% lagi tidak bersetuju.

Pembatalan liga mungkin boleh dianggap langkah terbaik terutamanya selepas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Norhisham Abdullah sebelum ini dilaporkan perhimpunan ramai seperti bazar Ramadan perlu dielak walaupun tempuh PKP tamat.

Dr. Norhisham menjelaskan walaupun tempuh PKP berakhir norma dan amalan kehidupan rakyat Malaysia perlu berubah dan perhimpunan ramai tidak digalakkan dalam tempuh 6 bulan sehingga setahun.