Home / Lain - Lain / MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN POLITEKNIK : OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI MILIK AHMAD NOR IMAN DAN SITI ASIAH ZAINI

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN POLITEKNIK : OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI MILIK AHMAD NOR IMAN DAN SITI ASIAH ZAINI

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik (PolySEA) 2019 di The Everly Putrajaya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ts Dr Muhammad Naim Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ahmad Nor Iman Rakib, pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan, Politeknik Nilai dan Siti Asiah Zaini, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah dinobat anugerah sebagai Olahragawan dan Olahragawati.

Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan pula menjadi milik Amlul Hazim Nasarrudin dari Politeknik Merlimau dan Qasidah Najwa Muhammad Halimi dari Politeknik Nilai.

Atlet taekwando kebangsaan Ahmad Nor Iman Rakib dinobatkan Olahragawan Terbaik Politeknik Malaysia hasil kecemerlangannya dengan memperolehi pingat perak sukan taekwando di Sukan SEA Filipina 2019.

Anak kelahiran Rantau Panjang Kelantan itu turut berjaya pingat emas pada kejohanan Asia Tenggara yang berlangsung di Manila.

Atlet yang berusia 20 tahun ini meneruskan dominasi Politeknik Nilai dalam sukan tempur taekwando sekepas Nor Putra Azlan Daniel Norazlan mengungguli anugerah yang sama selaku olahragawan Politeknik Malaysia bagi edisi 2018.

Selaku pemenang Iman membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM3000 yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Naim Yaakob.

Dalam pada itu Siti Asiah Zaini dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Perak mengungguli anugerah Olahragawati menerusi pencapaian cemerlang dalam sukan Petanque kebangsaan dan antarabangsa.

Bagi Olahragawan Harapan dimenangi penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Merlimau Melaka iaitu Amalul Hazim dari sukan ragbi.

Qasidah Najwa Mohd Halimi yang berjaya menyumbang satu pingat emas di Sukan SEA tahun lalu melayakan atlet hoki negara ini merangkul gelaran Olahragawati Harapan.