Home / Lain - Lain / MABA BAYANGKAN UNTUK MENANGGUHKAN SEMUA AKTIVITI DAN PERTANDING KE TAHUN 2021

MABA BAYANGKAN UNTUK MENANGGUHKAN SEMUA AKTIVITI DAN PERTANDING KE TAHUN 2021

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) membayangkan untuk terus menangguh semua aktiviti mahu pun pertandingan sukan bola keranjang bagi tahun 2020.

Mengakui memang agak sukar dengan keputusan itu memandangkan sambutan hebat yang diberikan peminat setiap kali Liga Bola Keranjang Kebangsaan dan Liga Profesional Asean berlangsung.

Namun saranan kerajaan berhubung dengan larangan perhimpunan orang ramai selama enam bulan sebaik perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir bagai sudah dimuktamadkan.

Sejak Mac lalu operasi di pejabat badan induk itu telah pun ditutup begitu juga mesyuarat presiden yang dijadualkan pada bulan yang sama diiringi mensyuarat agung tahunan (AGM) tiga hari lagi.

MABA merasakan agak sukar bagi melangsungkan sebarang pertandingan dengan hanya berbaki tujuh bulan saja lagi dengan memikirkan pemain perlu dikumpulkan terlebih dahulu bagi tujuan pemilihan dan latihan.

Justeru itu MABA mungkin tiada pilihan selain menunda semua kejohana ke tahun 2021 seiring dengan temasya Sukan Olimpik dan Sukan Malaysia.

Di peringkat antarabangsa saingan liga kelab Asean yang membabitkan wakil negara Kuala Lumpur Dragon bermula November telah dihentikan tahun lalu dan bakal berdepan dengan nasib yang sama.