Home / Golf / Lydia Ko sahkan penyertaan di Sime Darby LPGA Malaysia 2014

Lydia Ko sahkan penyertaan di Sime Darby LPGA Malaysia 2014

Lydia Ko of New Zealand  (Photo by Gregory Shamus/Getty Images)

Lydia Ko of New Zealand (Photo by Gregory Shamus/Getty Images)

KUALA LUMPUR 22 August 2014 : Kemeriahan Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2014 kian mula terasa apabila bintang muda LPGA dan pemain no 2 dunia, Lydia Ko dari New Zealand mengesahkan penyertaan beliau dalam kejohanan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club dari 9-12 Oktober 2014.

Lydia, yang baru berusia 17 tahun, merupakan pemain paling sensasi apabila muncul pemain termuda dalam sejarah LPGA yang berjaya mengutip hadiah wang kemenangan terkumpul melebihi 1 juta US dalam setahun apabila berjaya menempatkan dirinya dikalangan 10 pemain terbaik di lapan kejohanan utama dan muncul juara dalam 2 kejohanan pada tahun ini.

Bercakap kepada pemberita ketika ditanya mengenai penyertaannya dalam kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia 2014, Lydia berkata “Saya mendengar banyak cerita-cerita menarik mengenai Malaysia dan Kejohanan Sime Darby LPGA dari rakan-rakan yang bermain disana. Saya teruja untuk ke Malaysia dan akan berusaha untuk bermain dengan cemerlang dan mengekalkan prestasi saya”.

Lydia akan bersama-sama dengan penyandang juara, Lexi Thompson dari USA dan beberapa bintang ternama LPGA sepanjang 4 hari kejohanan berlangsung. Malaysia akan dibarisi seramai 6 orang pemain muda seperti Kelly Tan, Ainil Johani Bakar dan Michelle Koh yang akan bersaing bersama-sama dengan 75 orang pemain bintang yang lain untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak 2juta US.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*