Home / Lain - Lain / LTDL 2020 bakal pertaruhkan laluan Sabah dan Sarawak

LTDL 2020 bakal pertaruhkan laluan Sabah dan Sarawak

Siri perlumbaan berbasikal tertua di benua Asia Le Tour de Langkawi (LDTL) menerima pengikhtirafan tertinggi sepanjang 24 tahun penganjuran apabila dinaiktaraf ke kategori Pro Series oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab menerusi surat rasmi dari UCI pada 5 Oktober lalu.

Sebelum ini LTDL terkena tempias peraturan baru yang dikenakan UCI selepas tiada lagi perlumbaan kategori Horse musim hadapan sekaligus UCI memperkenalkan kategori baru menjelang 2020 yang dinamakan Pro Series atau Siri Profesional bagi menggantikan status Horse Class.

Sarat penganjuran Pro Series juga lebih ketat apabila perlu mendapatkan penyertaan minima 6 pro team selain liputan televisyen yang meluas ke beberapa buah negara yang belum ditetapkan lagi.

Bagi penganjur Human Voyage Sdn Bhd menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Datuk Ahmad Mustafa saingan yang masuk edisi ke-25 tahun depan lebih menarik apabila Sabah dan Sarawak diletakkan dalam laluan utama perlumbaan.

Menurut perancangan awal LTDL 2020 bakal menampilkan 10 peringkat perlumbaan bermula 6-15 Februari. Sesi pengenalan pasukan dan peringkat pertama akan bermula di Sabah dan diikuti di Sarawak pada peringkat kedua.

Selepas itu semua pasukan akan ke semenanjung bermula dengan Terengganu dan menyusuri Pahang kemudian mendaki Genting Highland sebelum tamat di Pulau Langkawi.