Home / Lain - Lain / LOH CHOON HOW & FARAH ANN DIJULANG SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH OLIMPIAN MOM TERBAIK 2019

LOH CHOON HOW & FARAH ANN DIJULANG SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH OLIMPIAN MOM TERBAIK 2019

Sukan Wusyu menutup tirai 2019 dengan penuh gilang gemilang apabila atletnya Loh Choon How dijulang sebagai penerima anugerah olimpian lelaki terbaik 2019.

Sementara itu seperti diduga ratu gimnastik negara Farah Ann Abd Hadi pula dinobatkan anugerah olimpian wanita terbaik 2019 pada majlis makan malam tahunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-26.

Pencapaian cemerlang di Sukan SEA Filipina jelas menjadi kayu pengukur kepada kedua-dua atlet berkenaan sehingga mereka menerima anugerah olimpian.

Farah Ann berjaya membuktikan kehebatannya di Sukan SEA Filipina selepas meraih 3 emas dalam acara individu keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai.

Berusia 25 tahun Farah sekali lagi memberikan persembahan memukau untuk mengumpul 7 emas, 2 perak dan 3 gangsa sejak penampilannya di Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Farah juga menjadi gimnas artistik wanita negara pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 ketika sesi kelayakan dunia di Stutgard Oktober lalu.

Kali terakhir atlet gimnas layak ke sukan terbesar itu Au Li Yen layak ke Sydney 2000.

Sementara itu pula Choon How tampil dengan semangat perwira apabila sanggup bertanding di Sukan SEA walaupun dipalit kecederaan..

Namun ia tidak menghalang semangat anak muda ini untuk membawa pulang 2 pingat emas dalam acara Taiji Jan dan Taiji Quan lelaki.

Dalam pada itu Yang Dipertuan Agong berkenan menerima Anugerah Khas Diraja MOM 2019 bagi mengiktiraf penglibatan dan sumbangan baginda dalam sukan.

Piala berbentuk sebuah glob memaparkan kesemua bandar tuan rumah Sukan Olimpik simbol kepada pergerakkan olimpik termasuk tiga sukan yang menjadi kegemaran baginda iaitu bola sepak, hoki dan polo.

Piala tersebut telah dibuat naik ke pentas oleh empat pemenang pingat olimpik negara Cheah Soon Kit, Rashid Sidek, Datuk Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong.

Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei kemudiannya menyerahkan piala tersebut kepada presiden MOM Datuk Seri Mohd Norza Zakaria sebelum dipersembahkan kepada baginda.