Home / Bola Sepak / LOGO BAHARU MELAKA UNITED FOOTBALL CLUB DILANCARKAN

LOGO BAHARU MELAKA UNITED FOOTBALL CLUB DILANCARKAN

Pasukan bola sepak Melaka United bakal dikenali Melaka United Football Club (MUFC) selepas penswastaan kelab sebagai syarat wajib bagi menyertai Liga Malaysia bermula musim 2021.

Majlis pelancaran logo baharu Melaka United FC yang direka sendiri oleh penyokong bola sepak Melaka menerusi pertandingan mencipta logo yang dianjurkan.

Pelancaran logo baharu Melaka United FC menampilkan rekaan bulat dengan mengekalkan pokok Melaka itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Mohd Ali serta barisan pemain Melaka United FC.

Ikon manusia yang terdapat pada logo itu melambangkan rakyat Melaka yang bersatu padu dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sukan negeri itu.

Warna hijau dan putih dikekalkan sebagai warna rasmi Melaka United FC.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan bakal bertemu Perak dalam perlawanan Liga Super pada 28 Ogos nanti.

Sementara itu ketua pasukan Syafiq Rahim berharap semua pemain dapat memberikan aksi yang terbaik bagi membantu MUFC bagi mencari mata berharga sekaligus mengekalkan kedudukan dalam saingan Liga Super.