Home / Bola Sepak / LIRIDON KRASNIQI SAH MENJADI MILIK JDT

LIRIDON KRASNIQI SAH MENJADI MILIK JDT

Menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020 bekas pemain Kedah dan Melaka United Liridon Krasniqi kini sah menjadi milik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain berusia 27 tahun itu akan didaftarkan sebagai pemain tempatan setelah proses dokumentasi untuk menjadi warga Malaysia selesai Januari nanti.

Pengumuman Liridon sebagai pemain baru diumumkan pada sidang media majlis menandatangani kontrak baru JDT di Iskandar Puteri Johor.

Pemain tengah yang berasal dari Kosovo itu akan didaftarkan sebagai pemain tempatan selewat-lewatnya Januari ini selepas urusan menjadi warganegara selesai.

Liridon bukan nama asing dalam kancah bola sepak tempatan dan paling diingati sejak beraksi untuk Kedah dari 2015 hingga 2018 sebelum berpindah ke Melaka United pada 2019 namun agak tenggelam selepas dibelenggu kecederaan.

Dalam pada itu JDT mensasarkan kelab itu bernilai RM1b dalam tempoh 2 tahun akan datang membabitkan semua aset JDT seperti hartanah, stadium serta fasiliti lain.

Tunku Ismail turut memaklumkan Stadium Sultan Ibrahim akan beroperasi secara rasmi pada 25 Januari depan.

Sebanyak RM75j juga diperuntukkan bagi membina beberapa fasiliti baharu kelab juara Liga Super itu seperti pusat latihan, stadium mini berkapasiti 8,000 penonton dan dua padang tertutup di sekitar Stadium Sultan Ibrahim.