Home / Lain - Lain / LIMA PEMAIN SENIOR BAKAL MANTAPKAN SKUAD RAGBI 7 SEBELAH NEGARA

LIMA PEMAIN SENIOR BAKAL MANTAPKAN SKUAD RAGBI 7 SEBELAH NEGARA

Skuad ragbi 7 sebelah negara masih menanti kemasukan 5 pemain senior yang akan bergabung dengan 15 pemain sedia ada bagi memantapkan pasukan.

Senarai 5 pemain terbabit bakal diputuskan dalam mesyuarat termasuk perancangan mengadakan perlawanan persahabatan dalaman.

Skuad yang dibentuk untuk program jangka panjang menuju Sukan Asia 2026 Nagoya Jepun ini sedang giat menjalankan latihan pemantapan pasukan.

Lebih sebulan berlatih skuad kendalian jurulatih Mohamad Nazeer Nesharah mengakui pemain semakin menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Begitu pun beberapa perkara perlu diambilkira bagi menambahbaik pasukan.

Tambah Nazeer pasukan mengharapkan supaya ada beberapa siri perlawanan dalaman menentang kelab-kelab negara bagi menambah daya saing pemain.

Bagi 15 pemain sedia ada walaupun skuad ini dibentuk bagi merealisi misi Sukan Asia 2026 mereka percaya persediaan lebih awal amat penting terutama membiasakan diri beraksi dalam perlawanan tahap tinggi.

Pada May lalu Kesatuan Ragbi Malaysia (MR) dan Institut Sukan Negara (MSN) mencapai persetujuan melaksanakan program latihan jangka panjang khususnya buat pasukan ragbi 7 Sebelah lelaki dan wanita dengan lebih tumpuan diberikan kepada barisan ragbi berpotensi berusia dalam lingkungan 22 tahun.