
Aksi pemain Melaka United dan Negeri Sembilan. Gambar oleh Nordin Shariff / SukanMalaysiaDOTMY
Oleh : Ismadi Manap
KRUBONG,MELAKA – Barisan anak buah Almeida kembali bernafas selepas berjaya membenam pasukan Negeri Sembilan dengan rekod jaringan 3-0. Biarpun seawal permainan kubu pertahanan MU diasak pelawat, kekentalan pemain yang dikemudi melalui Khair Jones tampak tidak goyah dan berusaha untuk melancarkan serangan balas.
Bersambung babak kedua perlawanan Melaka United mengurangkan asakan dengan cuba bermain di bahagian tengah. Sehinggalah pada minit ke 70 Gopinathan memberi kegembiraan selesa buat tuan rumah selepas umpanan menarik Zubovic yang mengelirukan pertahanan dan penjaga gol Negeri Sembilan dengan gol ketiga pasukan.
Tamat perlawanan Melaka United berjaya meraih 3 mata dengan bergaya di Stadium Hang Jebat.