Home / Bola Sepak / #LIGAPREMIER2017 : Sang Badak kecewakan Sang Penyu di Likas !

#LIGAPREMIER2017 : Sang Badak kecewakan Sang Penyu di Likas !

Pemain Sabah meraikan gol kemenangan Sabah pada minit ke 90 oleh Masaya Jitozono. Gambar oleh Augustine Jumat/SukanMalaysiaDotMY

Pemain Sabah meraikan gol kemenangan Sabah pada minit ke 90 oleh Masaya Jitozono. Gambar oleh Augustine Jumat/SukanMalaysiaDotMY

Kota Kinabalu , 5 May 2017 : Terengganu bertandang ke Stadium Likas Kota Kinabalu berstatus pasukan no 2 terbaik 100plus Liga Premier 2017 menentang pasukan tuan rumah Sabah.

Pemain Sabah mengasak pemain Terengganu dalam perlawanan Liga Premier malam tadi. Gambar oleh Augustine Jumat/SukanMalaysiaDotMY

Pemain Sabah mengasak pemain Terengganu dalam perlawanan Liga Premier malam tadi. Gambar oleh Augustine Jumat/SukanMalaysiaDotMY

Sabah bermula garang selepas permainan dimulakan dan melancarkan beberapa serangan bahaya ke kubu Sang Penyu. Pasukan bimbingan Irfan Bakti Terengganu jelas tidak gugup untuk menangkis semua serangan dari pasukan Sabah . Kedua pasukan menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan seri .

Separuh masa kedua bermula dengan kedua pasukan berusaha keras untuk mencari goal pembukaan permainan . Beberapa insiden kekasaran menyaksikan pengadil bekerja keras mengawal permainan dan beberapa pemain kedua pasukan dilayankan kad kuning . Sang Penyu berjaya membuka tirai jaringan melalui Partiban Jansekaran pada minit ke 62 selepas menghidu peluang keemasan setelah berlaku salah faham antara pemain Sabah .

Ketua Pasukan Terengganu Abdul Latin Suhaimi cuba menghalang pergerakan dari pemain Sabah Maxsius Musa. Gambar oleh Darren Liew / SukanMalaysiaDotMY

Ketua Pasukan Terengganu Abdul Latin Suhaimi cuba menghalang pergerakan dari pemain Sabah Maxsius Musa. Gambar oleh Darren Liew / SukanMalaysiaDotMY

Goal tersebut jelas tidak menjatuhkan moral anak buah Jelius Ating sebaliknya Sabah terus berjuang untuk mendapatkan goal penyamaan. Detik kebangkitan Sabah berlaku bermula pada minit ke 82 selepas pemain muda gantian Hamran Peter menjaringkan goal penyamaan dan sepakan percuma pemain import dari Jepun Masaya Jitzono pada minit akhir pemainan membolehkan Sabah menewaskan Terengganu dengan jaringan 2-1 .

Tamat Perlawanan Sabah 2-1 Terengganu

62′ Partiban Jansekaran ( Terengganu)

82′ Hamran Peter ( Sabah )

90′ Masaya Jitzono