Home / Bola Sepak / #LIGAPREMIER2017 : Negeri Sembilan unggul dahului Liga

#LIGAPREMIER2017 : Negeri Sembilan unggul dahului Liga

Penjaring gol pertama Marko Simic cuba menanduk masuk gol setelah dikepung leh pemain lawan pada perlawanan 100Plus Liga Premier 2017 di Stadium Paroi Gambar oleh Akhmal Zeary / SukanMalaysiaDotMY

Penjaring gol pertama Marko Simic cuba menanduk masuk gol setelah dikepung leh pemain lawan pada perlawanan 100Plus Liga Premier 2017 di Stadium Paroi Gambar oleh Akhmal Zeary / SukanMalaysiaDotMY

SEREMBAN 28 Februari 2017 , Negeri Sembilan berada di kelas tersendiri apabila mengukuhkan status pendahulu liga selepas beraksi cemerlang dengan mencatatkan kemenangan 2- 1 digelanggang sendiri apabila menewaskan  MISC MIFA.

Marko Simic bersaing hebat dengan pemain MISC MIFA pada perlawanan 100Plus Liga Premier 2017 di Stadium Paroi Gambar oleh Abd Jalil / SukanMalaysiaDotMY

Marko Simic bersaing hebat dengan pemain MISC MIFA pada perlawanan 100Plus Liga Premier 2017 di Stadium Paroi Gambar oleh Abd Jalil / SukanMalaysiaDotMY

Walaupun bermula agak perlahan di babak awal separuh masa pertama, Negeri Sembilan bangkit dengan aksi yang lebih menyakinkan selepas 30minit permainan. Dan hasilnya, Negeri Sembilan membuka tirai jaringan pertama apabila Marko Simic merembat masuk dan menewaskan penjaga gawang MISC MIFA  pada penghujung separuh masa pertama.

Masuk babak separuh masa kedua, persembahan Negeri Sembilan yang telah mencatatkan 6 kemenangan berturut-turut semakin garang dan tersusun. Lee Tuck Andrew melakukan larian solo melepasi 3 pertahanan MISC MIFA sebelum merembat kencang untuk gol kedua. Selang 3 minit jaringan kedua gol  Negeri Sembilan, MISC MIFA membuat kejutan dengan rembatan deras dari luar kotak penalti oleh Micheal Ijezie menewaskan Kaharudin penjaga gawang Negeri Sembilan.

Kedudukan kekal sehinggalah peniupan wisel terakhir perlawanan .

Keputusan penuh Negeri Sembilan 2 – 1 MISC MIFA.