Home / Bola Sepak / #LIGAPREMIER2017 – Jang gah ungguli liga

#LIGAPREMIER2017 – Jang gah ungguli liga

 

Bintang sensasi Brunojunichi meraikan gol pembukaan Gambar Oleh Akhmal Zeary/ Sukan MalaysiaDotMY

Bintang sensasi Brunojunichi meraikan gol pembukaan Gambar Oleh Akhmal Zeary/ Sukan MalaysiaDotMY

SEREMBAN 17 Februari 2017, Negeri Sembilan mengekalkan rentak tanpa kalah dalam saingan liga premier 2017 dengan menundukan Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Brunojunichi merebut bola di kaki pemain Terengganu Abd Jalil/ Sukan MalaysiaDotMY

Brunojunichi merebut bola di kaki pemain Terengganu Abd Jalil/ Sukan MalaysiaDotMY

Gol pembukaan dihasilkan oleh bintang sensasi Negeri Sembilan Bronujunichi pada minit 24 . Sedang penyokong meraikan detik gembira, gol kedua di hasilkan oleh Marko Simic . Ini adalah gol pertama beliau pada musim ini. Keputusan kekal pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua , Terengganu banyak mengatur serangan  dan ia membuahkan hasil apabila pada minit 54 ketua pasukan Terengganu Abdul Latiff Suhaimi menjaringkan gol. Tersentak dengan gol Terengganu , tuan rumah mengeluarkan Khairul Anwar Sahruddin dan memasukan Muhammad Izuan pada minit 64 . Pertukaran membuahkan hasil apabila Muhammad Izuan menjaringkan gol pada minit 74. Namun semangat tidak mahu kalah oleh Terengganu 6 minit kemudian Isse Farran menjaringkan gol . Keputusan penuh skuad jang menerajui takhta liga perdana.
Keputuan Penuh

Negeri Sembilan 3 – 2 Terengganu.